Thursday, February 4, 2010

banyaknya blog di kuala kedah

kami semua hairan kenapa makin banyak blog di kuala kedah. tapi kebanyakannya tidak aktif

antara blog yang ada
  1. http://sembangpolitikkuala.blogspot.com/ - cukup aktif - dulu dibuat oleh tok mat kuala kedah - kini diambil alih oleh orang lain katanya.
  2. http://umnokualakedah.blogspot.com/ - sudah lama menyepi
  3. http://umno-kualakedah.blogspot.com/ - sudah ditinggalkan oleh umno kuala kedah selepas perletakan jawatan ketua penerangan lama
  4. http://lattshariman.blogspot.com/ - blog kbubkk - cukup aktif - sapa yang dok kemas kini tak pasti. ada kata tok latt sendiri. ada kata orang kuat dia yg tolong updatekan
  5. http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ - blog baru kpubkk - agak kurang aktif berbanding blog umno kuala yang dahulu dan blog kbubkk
  6. http://tintapersona.blogspot.com/ - blog mantan ketua penerangan kola - dibuat selepas beliau meletak jawatan - cukup aktif
  7. http://ninjakola.blogspot.com/ - tak aktif
  8. http://1umnokualakedah.blogspot.com/ - ada nama saja - masih belum aktif
  9. http://puteriumnokualakedah.blogspot.com/ - sama seperti di atas
  10. http://puterakualakedah.blogspot.com/ - satu dua post saja - lepas tu hilang tanpa berita
kami seronok bila search cari blog2 ni tapi nampaknya ramai yang tidak berfungsi langsung. mungkin depa seronok buat blog saja tapi malas nak maintain. hangat2 chicken shit ka?

tak ada orang lagi kah yang nak turut serta ?

Saturday, December 12, 2009

umno kuala kedah masih di takuk lama

setelah lebih setahun mengambil alih kepimpinan bahagian, nampaknya dato' latt dan barisan kepimpinan bahagian masih lagi di takuk lama.


ajk bahagian masih berkelahi sesama sendiri, masih lembab dalam membuat aktiviti dan masih tidak sedar apa yang diperlukan oleh rakyat di kuala kedah.


walaupun blog umno kuala kedah dan dato' latt nampak gah tapi nampaknya ketua bahagian kita dan orang2 suruhannya masih lagi gagal memahami aspirasi dan kehendak orang2 muda di kuala kedah

kami bukannya mahu melihat blog menonjolkan ketua bahagian atau kepimpinan bahagian. kami nak dengar dan berbincang apakah idea dan hala tuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan bahagian yang baru ini.

itu baru lah betul. ini asyik syok sendiri dengan blog dan program yang hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. cukup memalukan...

mungkin dato' latt boleh membuat perubahan yang lebih drastik selepas ini. dari segi individu, dato' latt memang seorang yang baik. malangnya sebagai pemimpin di kuala kedah, beliau belum lagi nampak menyerlah.

rasanya para penasihat di sekeliling beliau masih tidak gagal memberi maklumat yang tepat tentang apa sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat di kawasan ini....

Monday, October 19, 2009

dato latt pun perlu berubah

kami rasa perubahan dalam umno kuala kedah perlu bermula daripad dato latt sendiri. dato latt terlalu selesa dengan dikelilingi kuncu-kuncunya.

hanya mendengar apa yang hendak didengar. ada apa masalah ka? tidak ada dato...everything ok dato. cantik dato.. semua orang sukakan dato'!

juga jangan suka mendengar fitnah orang. orang tu nak perjatuh dato' , orang tu pi geng dato' hashim , jadi jangan bagi muka dato!

langkah pertama untuk berubah - orang keliling dato perlu di ubah. dato juga perlu berubah. itu pendapat kami . setuju atau tidak , itu terpulang pada dato. ingat bahawa menabur duit sahaja tidak akan menjanjikan kemenangan. kebanyakan pengikut dato tu berimej plastik saja!

Saturday, October 17, 2009

buang saja orang yang jadi musuh dalam selimut daripada umno kuala kedah

pada pandangan kami, untuk berubah , umno kuala kedah perlu membuat perubahan yang drastik. hapuskan semua musuh dalam selimut. buang mereka yang menjadi munafik dalam umno kuala kedah.

dato' latt perlu lebih berani membuat perubahan. bukan bergantung kepada orang lama yang sudah melebihi tarikh luput mereka. pemimpin yang menentang beliau perlu dipencilkan bukan diberi muka lagi.

setiausaha kerja umno juga nampaknya terlalu cuba menonjol diri. mengawal orang daripada umno kuala kedah melebihi setiausaha umno bahagian. kuku besi -sombong - kasar - nak tunjuk hebat lebih daripada dato' sendiri.

ajk bahagian yang tak mahu beri kerjasama - buang saja. jangan bagi apa-apa. baru padan muka.
itu cara untuk kita berubah. dah tak ada masa main-main lagi.

Thursday, October 15, 2009

salam 1 kuala kedah. ke arah umno kuala kedah baru.

blog ini diwujudkan serentak dengan bermulanya era perubahan besar dalam umno. kami juga ingin turut serta. kami ingin turut menyambut saranan dato' seri najib untuk sama-sama menjadikan umno kuat semula.

selamat menjadikan umno kuat semula. mari kita bergabung tenaga tidak kira di mana-mana saja anda semua berada . marilah bersama-sama kami.

kita hebatkan media baru umno. kita tunjukkan kepada pembangkang kata kita pun kuat juga. kita pun ada blogger yang hebat-hebat. kita bantu semua orang kuala kedah supaya mereka boleh menjadi kebanggaan negara di masa hadapan.

salam 1 kuala kedah kepada semua!