Monday, October 19, 2009

dato latt pun perlu berubah

kami rasa perubahan dalam umno kuala kedah perlu bermula daripad dato latt sendiri. dato latt terlalu selesa dengan dikelilingi kuncu-kuncunya.

hanya mendengar apa yang hendak didengar. ada apa masalah ka? tidak ada dato...everything ok dato. cantik dato.. semua orang sukakan dato'!

juga jangan suka mendengar fitnah orang. orang tu nak perjatuh dato' , orang tu pi geng dato' hashim , jadi jangan bagi muka dato!

langkah pertama untuk berubah - orang keliling dato perlu di ubah. dato juga perlu berubah. itu pendapat kami . setuju atau tidak , itu terpulang pada dato. ingat bahawa menabur duit sahaja tidak akan menjanjikan kemenangan. kebanyakan pengikut dato tu berimej plastik saja!

Saturday, October 17, 2009

buang saja orang yang jadi musuh dalam selimut daripada umno kuala kedah

pada pandangan kami, untuk berubah , umno kuala kedah perlu membuat perubahan yang drastik. hapuskan semua musuh dalam selimut. buang mereka yang menjadi munafik dalam umno kuala kedah.

dato' latt perlu lebih berani membuat perubahan. bukan bergantung kepada orang lama yang sudah melebihi tarikh luput mereka. pemimpin yang menentang beliau perlu dipencilkan bukan diberi muka lagi.

setiausaha kerja umno juga nampaknya terlalu cuba menonjol diri. mengawal orang daripada umno kuala kedah melebihi setiausaha umno bahagian. kuku besi -sombong - kasar - nak tunjuk hebat lebih daripada dato' sendiri.

ajk bahagian yang tak mahu beri kerjasama - buang saja. jangan bagi apa-apa. baru padan muka.
itu cara untuk kita berubah. dah tak ada masa main-main lagi.

Thursday, October 15, 2009

salam 1 kuala kedah. ke arah umno kuala kedah baru.

blog ini diwujudkan serentak dengan bermulanya era perubahan besar dalam umno. kami juga ingin turut serta. kami ingin turut menyambut saranan dato' seri najib untuk sama-sama menjadikan umno kuat semula.

selamat menjadikan umno kuat semula. mari kita bergabung tenaga tidak kira di mana-mana saja anda semua berada . marilah bersama-sama kami.

kita hebatkan media baru umno. kita tunjukkan kepada pembangkang kata kita pun kuat juga. kita pun ada blogger yang hebat-hebat. kita bantu semua orang kuala kedah supaya mereka boleh menjadi kebanggaan negara di masa hadapan.

salam 1 kuala kedah kepada semua!