Saturday, December 12, 2009

umno kuala kedah masih di takuk lama

setelah lebih setahun mengambil alih kepimpinan bahagian, nampaknya dato' latt dan barisan kepimpinan bahagian masih lagi di takuk lama.


ajk bahagian masih berkelahi sesama sendiri, masih lembab dalam membuat aktiviti dan masih tidak sedar apa yang diperlukan oleh rakyat di kuala kedah.


walaupun blog umno kuala kedah dan dato' latt nampak gah tapi nampaknya ketua bahagian kita dan orang2 suruhannya masih lagi gagal memahami aspirasi dan kehendak orang2 muda di kuala kedah

kami bukannya mahu melihat blog menonjolkan ketua bahagian atau kepimpinan bahagian. kami nak dengar dan berbincang apakah idea dan hala tuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan bahagian yang baru ini.

itu baru lah betul. ini asyik syok sendiri dengan blog dan program yang hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. cukup memalukan...

mungkin dato' latt boleh membuat perubahan yang lebih drastik selepas ini. dari segi individu, dato' latt memang seorang yang baik. malangnya sebagai pemimpin di kuala kedah, beliau belum lagi nampak menyerlah.

rasanya para penasihat di sekeliling beliau masih tidak gagal memberi maklumat yang tepat tentang apa sebenarnya yang diperlukan oleh rakyat di kawasan ini....